Mildred L. Larson membahagikan
terjemahan kepada 2 iaitu terjemahan literal(harfiyyah) dan terjemahan
idiomatik. Apa yang dimaksudkan dengan terjemahan idiomatik?
Terjemahan idiomatik merupakan terjemahan
yang bergantung pada makna teks bahasa sumber. Penterjemah berusaha sedaya
upaya untuk mengekalkan makna teks bahasa sumber dan cuba memindahkan makna
tersebut ke bahasa sasaran secara natural. Selain itu, terjemahan tidak berbau
terjemahan, seolah-olah ditulis dalam bahasa sasaran. Walaubagaimanapun, bukan
mudah sebenarnya. Penterjemah tidak boleh konsisten menggunakan terjemahan
idiomatik kepada keseluruhan teks bahasa sumber, ada kalanya penterjemah
menggunakan terjemahan harfiah atau modified literal.
Baiklah, sekarang kita pergi pula
kepada terjemahan literal. Penterjemah menyesuaikan susun-atur perkataan dan
nahu sekadar perlu supaya binaan ayat itu boleh diterima oleh pembaca teks
sasaran, tetapi unit leksikal masih lagi diterjemahkan secara harfiah. Ada
kalanya perkataan/leksikon juga ditukar untuk mengelakkan kekaburan atau untuk
memperelok ujaran. Walau bagaimanapun, hasil terjermahan masih kedengaran
ganjil dan asing.
POSTED BY: SITI AISHAH BINTI YASRI (A164884)