Assalamualaikum semua. Harini saya ingin berkongsi apakah
kaitan antara budaya dan terjemahan.
Sewaktu sesi menterjemah teks, Bahasa tidak mungkin dapat
dipisahkan oleh budaya. Hal ini kerana penterjemahan melibatkan budaya. Menterjemah
unsur budaya memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan.
Pemilihan teknik dan teori terjemahan perlu dititikberatkan selaras dengan
genre teks yang ingin diterjemah. Tujuannya adalah untuk menghasilkan teks yang
bermutu tinggi. Walaupunbagaimanapun, budaya mempunyai 4 bahagian yang mesti
kita ketahui iaitu:
1.
BUDAYA EKOLOGI –
mengkaji makhluk hidup di habitatnya
-
Contohnya: Banyak tumbuhan
yang tumbuh di Tanah Arab tidak dikenali oleh bahasa Melayu. Pokok الأترجّة, الغِلَد
dan الشَّيْحِيَّة misalnya tidak mempunyai padanannya dalam
bahasa Melayu. Begitu juga dengan pokok rambutan, durian, manggis dan
sebagainya tidak ada padanan yang tepat dalam bahasa Arab.
2.
BUDAYA SOSIAL -
Berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat itu.
-
Contohnya: pulut kuning
dalam masyrakat melayu.
3.
BUDAYA IDEOLOGI –
berkait dengan agama, adat resam, kepercayaan dan politik
-
Rumit diterjemahkan kerana
melibatkan emosi
4.
BUDAYA MATERIAL – materialistik
atau kebendaan
-
Contohnya: tepak sireh
POSTED BY: SITI AISHAH BINTI YASRI (A164884)