Sejarah Ringkas Kegiatan Terjemahan di Malaysia


Sejarah Ringkas Kegiatan Terjemahan di Malaysia


Tahun
Perkara

Pramoden
Saduran bagi pelbagai karya keagamaan dan sastera giat dilakukan. Penterjemah terdiri daripada pengarang tempatan yang menyadur karya Arab, India, Parsi dan negara lain.

Kerajaan
Kesultanan
Melayu Melaka
Sultan Alauddin Riayat Syah menitahkan bendahara Tun Seri Lanang untuk membaca dan mengubah suai kitab dari Goa. Pada zaman ini, muncul golongan penterjemah istana.

1511

Kerajaan Melayu Melaka runtuh di tangan Portugis. Pengaruh Eropah mula meresap di bumi Melayu.

1641

Kuasa Barat menguasai Tanah Melayu. Penterjemahan tertumpu pada penterjemahan kata dan istilah, khususnya bagi nama peranti dan teknologi Barat.

1818

Kedatangan Stamford Raffles ke Melaka membuka jalan kepada Abdullah bin Abdul Kadir untuk menjadi penterjemah. Abdullah Munshi terkenal dengan karya Hikayat Abdullah yang membicarakan persoalan terjemahan.

1874

Perjanjian Pangkor yang termeterai pada tahun ini menjadi penggerak kepada kegiatan terjemahan. Kerajaan British mula menterjemahkan bahan perundangan, hukuman dan cara pentadbiran.

1888
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan. Salah satu peranannya adalah untuk menterjemahkan buku dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.

Akhir abad
ke-19

Methodist Episcopal ditubuhkan. William Girdlestone Shellabear selaku pegawai bertugas menerbitkan karya terjemahan dalam bahasa Melayu.

Awal 1920-an

Pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu menggunakan buku terjemahan bagi menguasai bahasa Melayu untuk urusan pentadbiran.

Akhir 1920-an
Penubuhan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan
Idris.

































             



Tahun

Perkara
Awal 1930-an

Muncul karya terjemahan dalam majalah Al-Islam, Saudara dan Seruan Al-Azhar. Antara karya yang terkenal ialah Asyik dan Ma’syuk serta cerita-cerita Rokambul. 

1940-an (Zaman
Penjajahan
Jepun)

Kerja-kerja penterjemahan kurang dilakukan disebabkan oleh dasar kerajaan Jepun.
1947

Pejabat Karang Mengarang dibahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di Maktab Perguruan Sultan Idris dan satu bahagian lagi di Jabatan Pelajaran.
22 Jun 1956

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan.
1960-an
Oxford University Press mengambil alih usaha untuk menterjemahkan siri sastera Timur dan Barat. Siri sastera berkenaan merangkumi novelnovel terkenal oleh pengarang Eropah dan Asia.
1970-an
Berlaku penyusunan semula dalam DBP dan Bahagian Penterjemahan terpaksa ditutup. Tugas penterjemahan diambil alih Bahagian Majalah dan Bahagian Buku Pelajaran.
1975

Universiti Malaya menawarkan kursus terjemahan peringkat diploma.
15 Januari 1977
DBP menganjurkan Mini Seminar Terjemahan. Tujuannya bagi membincangkan persoalan sekitar penterjemahan karya kreatif sahaja.
1977

DBP menganjurkan Peraduan Menterjemah Novel. Beberapa karya sastera dunia diterjemahkan dan diterbitkan untuk bacaan umum. 
8 April 1978
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan.
4 Oktober 1979
PPM didaftarkan sebagai sebuah persatuan
13-15 Mac 1984

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) yang pertama diadakan. Persidangan yang mengetengahkan isu berkaitan terjemahan ini diadakan setiap dua tahun sekali.
Jun 1985
Biro Khidmat Terjemahan (BKT) ditubuhkan dan diletakkan di bawah PPM.

1 Mac 1986
Bahagian Penterjemahan ditubuhkan semula menjadi satu unit di DBP. 
1992

Program Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Terjemahan dengan Interpretasi) diperkenalkan di Universiti Sains Malaysia.
14 September
1993
ITNM ditubuhkan secara rasmi.

2012
Anugerah Terjemahan Negara diadakan bagi mengiktiraf sumbangan penterjemah tempatan. Kerajaan Malaysia memperuntukkan dana sebanyak 1 juta bagi memajukan industri terjemahan. Anugerah ini diadakan sekali setiap tiga tahun.

(Dipetik daripada PhD thesis Anis Shahirah Abdul Sukur (University Malaya) yang berjudul Penterjemahan tajuk utama iklan dalam katalog bercetak: 2016)

posted by: Muhd Iqbal Hanafi Bin Mas'ud (A166730)