Nik Safiah Karim mendefinisikan frasa dalam bahasa Melayu sebagai
unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya 2 perkataan @ 1 perkataan yang berpotensi untuk diperluas
menjadi 2 perkataan atau lebih. Dalam bahasa Arab, frasa dipanggil al-ibarah
atau al-tarkib. Terdapat 6 jenis frasa tarkib yang mempunyai kaedah terjemahan
tersendiri. Cara untuk menterjemah jenis frasa tersebut adalah seperti berikut:
1. Tarkib wasfi (sifat wa mawsuf)
Kaedah
terjemah: boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan sahaja.
Contoh: البيت الكبير diterjemahkan rumah (yang) besar.
Sekiranya terdapat lebih dari satu sifat, maka perkataan dan atau lagi boleh
ditambah.
2. Tarkib idafi (mudaf wa mudaf
ilayh)
Kaedah: boleh
diterjemah ke bm sebagaimana susuna kata bahasa arabnya, tanpa penambahan atau
perubahan apapun
Contoh: استعمال الكلمة diterjemahkan kepada penggunaan perkataan
3. Ataf wa ma’tuf alayh
Kaedah: sekiranya kata hubung yang digunakan lebih daripada satu,
maka kata hubung yang terakhir sahaja diterjemah. Kata hubung yang sebelumnya
boleh dipadankan dengan koma sahaja.
Contoh: محمد وعلي وعمر
diterjemahkan kepada Muhammad, Ali dan Umar
4. Badal wa mubdal minhu
Kaedah : terjemah badal boleh difahami dengan merujuk kepada contoh
berikut
Contoh: سرني الشارع نظافته
diterjemah kepada kebersihan jalan ini membuatku gembira
5. Taukid
Kaedah :Terdapat 5 kata yang sering digunakan iaitu نفس، عين، كل، جميع، عامة. Kata نفس، عين diterjemahkan kepada masing-masing. جميع، عامة diterjemahkan kepada keseluruhannya.
Contoh : ألقى عميد كلية الأدب
نفسه مقالته
Dekan
fakulti sastera sendiri menyampaikan ucapannya
6. Frasa ideomatik
Frasa ini dipanggil al-ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab
yang terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mengandungi makna
khusus yang tak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan itu sendiri.
Frasa ideomatik ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu kata kerja, nama dan sendi.
Ia tidak boleh diterjemah secara katawi. Sebagi contoh, frasa رغب عن jika diterjemah secara katawi, akan terhasilah terjemahan
seperti suka daripada dan suka dalam sedangkan maksud sebenar frasa ini dalam
bahasa Arab adalah tidak suka, tak gemas, dan benci. Oleh itu, penterjemah
mestilah menghindari dari menterjemah secara katawi kerana ia akan memberi satu
bentuk terjemahan yang janggal pada pandangan orang melayu, bahkan tidak dapat
diterima sama sekali.
Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)
Idea asal: Dr. Maheram Bt Ahmad