Peribahasa (mathal) dalam bahasa arab bermaksud kata-kata yang
ringkas yang meniti di bibir, betul maknanya dan keadaan semasa menyerupai
kaedah dahulu. Ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu al-mathal al-mujaz, al-mathal
al-qiyasiy, dan maathal qurafiy manakala peribahasa pula terbahagi kepada 4
jenis iaitu perumpamaan, bidalan, pepatah dan simpulan bahasa. Terdapat 4
teknik yang boleh diaplikasikan oleh
penterjemah untuk menterjemah peribahasa antaranya:
1. Peribahasa sumber diganti
dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
Contoh: جزاه جزاء سنمّا diterjemhkan kepada susu dibalas tuba
2. Guna Teknik pinjam terjemah
Contoh : الماء الوجه air muka, عين القلب matahati
3. Teknik perjelas makna
Contoh: sweetheart diperjelas menjadi kekasih dan diterjemhakan
kepada حبيب/حبيبة
4. Proses gentian peribahasa
(ungkapasn x figurative diganti dengan peribahasa @ ungkapan figurative)
Contoh: هدية التذكرية , cenderamata
Akhir sekali, untuk menghindarkan kesalahan terjemahan, penterjemah
boleh terus bertanya kepada penutur asli bahasa sumber, atau bertanya kepada
orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber serta gunakan
kamus.
Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)
Idea asal: Dr. Maheram Bt Ahmad