LATIHAN TERJEMAHAN MELAYU-ARAB



1.     Ada berapa inci dalam satu kaki?
كم من بوصة في إحدى قدم؟

2.  Perbuatan mencuri adalah berdosa.
السرقة من الكبائر

3.  Serang!
هاجم!

4.  Hapuskan mereka !
إفسد لهم!

5.    Oh! Tuhan, ampunkanlah dosaku selama ini.
اللهم اغفرلي ذنوبي

6.   Aku sumpah kau jadi batu.
أقسم بأنك ستصبح حجرا

7.   Cantik sungguh kereta itu!
ما أجمل تلك سيارة.


posted by: Muhd Iqbal Hanafi Bin Mas'ud (A166730)

📕📕📕📕📕LATIHAN TERJEMAHAN📕📕📕📕📕📕


1.     Benar bahawa manusia mempunyai roh.
حقيقة بأن الإنسان لديه روح

2.  Baiklah, awak boleh pergi sekarang.
تفضّل، يمكنك أن تذهب الأن.

3.  Saya tidak pernah berkata begitu.
 ليست أن أقول كذلك

4.  Saya tidak setuju.
أنا لم أوافق

5.    Benarkan semua bangau putih?
هل صحيح بأن كل اللّقلاق أبيض؟

6.   Apa khabar ayah awak?
كيف الحال أبوك؟

posted by: Muhd Iqbal Hanafi Bin Mas'ud (A166730)

PRACTICE MAKE PERFECT

1.     Boleh ambilkan saya secawan teh ?
إسمح لي، هل يمكنك أن تأخذلي كوب الشاي؟

2.  Siapa kata saya penakut ?
من قال أنا جبان؟

3.  Dengan ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru Bangi selama dua minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air yang secukupnya.

نعلن بأن ذخيرة الماء في "بندر بارو باعي" سيكون مؤجّل عند الشهرين. لذلك،  يطلب لكل 
المواطنين الذي يتورّط أن يدّخرا الماء الكافي

4.  Ada virus dalam komputer.
فيروس في الحاسوب.

5.    Angin ialah udara yang bergerak.
الرياح هي الجوّ التي يتحرك.



LATIHAN TERJEMAH MELAYU ARAB


           

 Latihan lagiiiii😍😍😍😍😍😍


1.      Kalaulah kamu tidak lulus, agak-agak apa ayah kamu akan buat?
لو ترسب، ماذا يفعل أبوك؟

2.    Katakanlah dia itu adik kamu, apa kamu akan buat?
لو أنه أخوك، ماذا تفعل؟

3.    Jangan layan saya ‘seolah-seolah / macam’ saya ini budak kecil.
لا تسلّني مثل طفل صغير

4.    Kamu layan saya macam saya ini budak-budak.
أنت تسلّني كأنّني طفل

5.     Jangan layan saya seolah-olah saya ini bodoh.
لا تسلّني كأنّني أحمق

6.     Semua pelajar mempunyai hak untuk mengundi termasuk pelajar-pelajar asing.
لكل الطالب له حق أن ينتخب وكذالك الطلبة الأجانب

7.     Perkhidmatan ini kami sediakan untuk semua pelajar termasuklah pelajar-pelajar Malaysia.
نجّهزهذه الخدمة لكل الطالب وكذلك الطلبة الأجانب

8.    Saya membeli rumah itu termasuk kelengkapannya sekali.
أشتري تلك المنزل مع كل أثاثه

9.     Dia sudah tidak lagi berani mengusiknya.
هوالأن يخاف

10.   Dia bukan lagi kawanku.
هو ليس من صديقي الأن

LATIHAN TERJEMAH TEKS MUDAH MELAYU-ARAB



bahasa Arab💬:

Kerana keletihan Mirza rasa mengantuk dan akhirnya terlena di bawah pohon kayu yang rendang itu. Apabila terjaga daripada tidur, didapatinya seekor lembu jantan sudah hilang. Lembu itu adalah lembu yang paling disayangi keluarganya, kerana dijadikan baka bagi membiakkan lembu-lembu betina yang lain. Mirza berasa cemas lalu berusaha mencari lembu itu dengan mengesan jejaknya.
_________________________________________________________________________________
bahasa Melayu💭:

لسبب التعب ,كان يشعر مرزا بالنعاس وأخيرا  ينوم تحت تلك الشجرة  الظليلة.  حينما يستيقظ من نومه, يكشف بأن الثورواحيد قد افتقد من نظره . وكان هذه الثورمحبوبا لدى أسرته  لأن هذا الثوريجعله سلالة  للبقرات أخرى. يشعر مرزا بالقلق ثم يسعى ببحث الثور المحبوب بطريق اقتفى 
أثر قدمه


posted by: Muhd Iqbal Hanafi Bin Mas'ud (A166730)

LATIHAN TERJEMAHAN TEKS MUDAH MELAYU KEPADA ARAB


Terjemahkan cerita di bawah ke bahasa Arab.

 Rusa yang bongkak

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak.  Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya.  Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.   
           ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.  Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku.  Aku mahu kakiku cantik juga.  Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.
            Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak.  Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu.  Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
            Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.  Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu.  Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat.  Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri.  Namun, tanduknya patah sedikit.
            Anjing pemburu semakin hampir.  Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.  Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
            Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna.  Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik.  Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.

_________________________________________________________________________________

إيل المتكبّر

في الغابة من الغابات، هناك إيل المتكبّر.هو يذهب دائما إلى جانب البركة لينظر ظله في الماء. 
يشعر بالفخر حينما ينظر الى أقرانه الجميل.
"أوه... ما أجمل أقراني"، قال لنفسه ولكن لا يحب الرجلين الرخيفين " يا آسف، أنظر ما أقبح رجلي الرخيف. أريد أن يكون رجلي جميل أيضا. أريد أن أكون جميلا من رأسي إلى رجلي"
ذات يوم ، عندما ينظر الى ظله في جانب البركة، هو يسمع الصوت  الكلب ينبح. هو يدرك بأن تلك الكلب الصيد يتوجه إلى مكانه. يشعر بالخوف لذلك  ثم يجري سرعة بكل طاقة.
بينما يجري الى الغابة، فجأة علقت أقرانه على  فرع  الشجرة. ثم تكافح الإيل ليخلع أقرانه من تلك فررع. هو يكثر بالقلق حينما يسمع نباح الكلب يكاد قريبا. وأخيرا، يساعد رجله الرخيف بل قويا لاطلاق نفسه ولكن تلك الأقران الجميل مكسور قليلا.
يكاد الكلب الصيد قريبا. يهرب الإيل لأنه كان يمكن أن  يفر سريعا. والأن يدرك إستعمالات الرجل الذي ساعدة بينقذ من الخطير.
منذ تلك الأيام،  لم ينظر إلى رجليه كشئ قبيح  وغير نافع. هو ليس ميكبّرا لأن أقرانه غير مثل قبل هذا. لذلك، يعلم الإيل بأن الجمال لا تشير إلي الخير

posted by: Muhd Iqbal Hanafi Bin Mas'ud (A166730)

ALAT BANTU PENTERJEMAH


Kamus adalah alat bantu utama bagi seseorang penterjemah . Antara kamus yang sering digunakan penterjemah Arab- Melayu adalah:


📌Kamus Melayu : 




📌 Kamus Arab 






Posted by: : Muhd Iqbal Hanafi Bin Mas’ud (A166730)

CARA TERJEMAH PERIBAHASA


Peribahasa (mathal) dalam bahasa arab bermaksud kata-kata yang ringkas yang meniti di bibir, betul maknanya dan keadaan semasa menyerupai kaedah dahulu. Ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu al-mathal al-mujaz, al-mathal al-qiyasiy, dan maathal qurafiy manakala peribahasa pula terbahagi kepada 4 jenis iaitu perumpamaan, bidalan, pepatah dan simpulan bahasa. Terdapat 4 teknik  yang boleh diaplikasikan oleh penterjemah untuk menterjemah peribahasa antaranya:
1.     Peribahasa sumber diganti dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
Contoh: جزاه جزاء سنمّا  diterjemhkan kepada susu dibalas tuba
2.     Guna Teknik pinjam terjemah
Contoh : الماء الوجه air muka, عين القلب matahati
3.     Teknik perjelas makna
Contoh: sweetheart diperjelas menjadi kekasih dan diterjemhakan kepada حبيب/حبيبة
4.     Proses gentian peribahasa (ungkapasn x figurative diganti dengan peribahasa @ ungkapan figurative)
Contoh: هدية التذكرية  , cenderamata
Akhir sekali, untuk menghindarkan kesalahan terjemahan, penterjemah boleh terus bertanya kepada penutur asli bahasa sumber, atau bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber serta gunakan kamus.
Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)
Idea asal: Dr. Maheram Bt Ahmad


CARA MENTERJEMAH FRASA


Nik Safiah Karim mendefinisikan frasa dalam bahasa Melayu sebagai unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya 2 perkataan @ 1 perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi 2 perkataan atau lebih. Dalam bahasa Arab, frasa dipanggil al-ibarah atau al-tarkib. Terdapat 6 jenis frasa tarkib yang mempunyai kaedah terjemahan tersendiri. Cara untuk menterjemah jenis frasa tersebut adalah seperti berikut:
1.     Tarkib wasfi (sifat wa mawsuf)
Kaedah terjemah: boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan sahaja.
Contoh: البيت الكبير diterjemahkan rumah (yang) besar. Sekiranya terdapat lebih dari satu sifat, maka perkataan dan atau lagi boleh ditambah.

2.     Tarkib idafi (mudaf wa mudaf ilayh)
Kaedah: boleh diterjemah ke bm sebagaimana susuna kata bahasa arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun
Contoh: استعمال الكلمة  diterjemahkan kepada penggunaan perkataan

3.     Ataf wa ma’tuf alayh
Kaedah: sekiranya kata hubung yang digunakan lebih daripada satu, maka kata hubung yang terakhir sahaja diterjemah. Kata hubung yang sebelumnya boleh dipadankan dengan koma sahaja.
Contoh: محمد وعلي وعمر diterjemahkan kepada Muhammad, Ali dan Umar
4.     Badal wa mubdal minhu
Kaedah : terjemah badal boleh difahami dengan merujuk kepada contoh berikut
Contoh: سرني الشارع نظافته diterjemah kepada kebersihan jalan ini membuatku gembira
5.     Taukid
Kaedah :Terdapat 5 kata yang sering digunakan iaitu نفس، عين، كل، جميع، عامة. Kata نفس، عين diterjemahkan kepada masing-masing. جميع، عامة diterjemahkan kepada keseluruhannya.
      Contoh : ألقى عميد  كلية الأدب نفسه مقالته
                        Dekan fakulti sastera sendiri menyampaikan ucapannya
6.     Frasa ideomatik
Frasa ini dipanggil al-ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab yang terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mengandungi makna khusus yang tak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan itu sendiri. Frasa ideomatik ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu kata kerja, nama dan sendi. Ia tidak boleh diterjemah secara katawi. Sebagi contoh, frasa رغب عن jika diterjemah secara katawi, akan terhasilah terjemahan seperti suka daripada dan suka dalam sedangkan maksud sebenar frasa ini dalam bahasa Arab adalah tidak suka, tak gemas, dan benci. Oleh itu, penterjemah mestilah menghindari dari menterjemah secara katawi kerana ia akan memberi satu bentuk terjemahan yang janggal pada pandangan orang melayu, bahkan tidak dapat diterima sama sekali.
Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)
Idea asal: Dr. Maheram Bt Ahmad

TERJEMAHAN SURAH العصر


SEMOGA BERMANFAAT SEMUA

NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN 
(A165057)

PERBEZAAN TERJEMAH MELALUI GOOGLE DAN KAEDAH YANG BETUL

zaman kini merupakan zaman canggih. jadi, terdapat pelbagai jalan pintas untuk menyelesaikan pelbagai masalah termasuklah dalam menterjemahkan suatu ayat dari bahasa lain ke bahasa yang lain. sebagai contoh, menggunakan google translate dalam menterjemahkan suatu ayat.

menggunakan google translate bukanlah menjadi satu kesalahan cuma ia tidak sesuai digunakan terutama oleh para pelajar. hal ini kerana google translate ini menterjemah tidak menggunakan kaedah yang betul dan kebanyakkannya google translate ini menggunakan bahasa pasar. gambar dibawah merupakan perbezaan terjemahan yang dilakukan dengan menggunakan google translate dan kaedah yang betul.

semoga bermanfaat kepada semua :)

NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN (A165057)

CONTOH TERJEMAHAN DOA :)


SEMOGA BERMANFAAT :)

NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN (A165057)

SIAPAKAH PENILAI ATAU PENGKRITIK TERJEMAHAN TEKS ?

mesti ramai yang tertanya-tanya, dalam proses penterjemahan terdapat satu proses yang dipanggil sebagai proses MENYEMAK. proses ini boleh dilakukan oleh :-


  • penyemak yang dilantik
  • ketua bahagian atau ketua syarikat
  • pelanggan
  • pengkritik profesional
  • pambaca

NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN
(A165057)

CONTOH TERJEMAHAN KATA DEMI KATA

entri kali ini saya cuma nak berkongsi tentang contoh terjemahan kata demi kata dari bahasa inggeris ke bahasa melayu supaya ia dapat membantu pembaca sekalian faham tentang apa yang dimaksudkan dengan terjemahan kata demi kata.


semoga bermanfaat kepada semua

NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN
A165057

TERJEMAHAN TULISAN

Okay, pada entri lepas saya telah berkongsi tentang terjemahan lisan kan ? jadi, pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang tenrjemahan tulisan pula. antar ciri terjemahan tulisan ialah :-


  • terjemahan ini dilakukan secara bertulis
  • penterjemah masih berkesempatan untuk membaiki sebarang kesilapan yang dibuat
  • kefasihan berbicara tidak menjadi syarat mutlak kepada penterjemah
  • penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik
jadi, di atas merupakan antara ciri terjemahan tulisan. semoga bermanfaat.

NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN
(A165057)

TERJEMAHAN LISAN

adakah anda tahu bahawa terjemahan lisan merupakan salah satu daripada jenis terjemahan ?

in Shaa Allah hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang terjemahan lisan. antara ciri terjemahan lisan ialah :-


  • terjemahan ini dilakukan secara bertulis
  • terjemahan ini dilakukan secara cepat, tepat dan langsung
  • terjemahan ini tidak boleh berhenti untuk membaiki sebarang kesalahan 
  • penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancardan fasih dalam bahasa sumber serta bahasa lisan 

pada kebiasaannya, penterjemah ini dipanggil sebagai INTERPRETER. 

semoga memberi manfaat kepada semua.

NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN 
(A165057)

KAEDAH MENTERJEMAH UNSUR BAHASA



Untuk menghasilkan teks terjemahan yang mengandungi unsur budaya, beberapa kaedah yang perlu diikuti bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi.

APA KAEDAHNYAAA ???

  • Unsur budaya perlulah dikekalkan.
  • Unsur budaya disesuaikan semula.
  • Unsur budaya dihilangkan.
  • Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam bahaa sasaran hendaklah dijelaskan              dalam nota kaki atau nota akhir dalam teks terjemahan.

POSTED BY: SITI AISHAH BINTI YASRI (A164884)


BUDAYA DAN TERJEMAHAN??





Assalamualaikum semua. Harini saya ingin berkongsi apakah kaitan antara budaya dan terjemahan.

Sewaktu sesi menterjemah teks, Bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan oleh budaya. Hal ini kerana penterjemahan melibatkan budaya. Menterjemah unsur budaya memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan. Pemilihan teknik dan teori terjemahan perlu dititikberatkan selaras dengan genre teks yang ingin diterjemah. Tujuannya adalah untuk menghasilkan teks yang bermutu tinggi. Walaupunbagaimanapun, budaya mempunyai 4 bahagian yang mesti kita ketahui iaitu:


1.       BUDAYA EKOLOGI – mengkaji makhluk hidup di habitatnya
-          Contohnya: Banyak tumbuhan yang tumbuh di Tanah Arab tidak dikenali oleh bahasa Melayu. Pokok الأترجّة, الغِلَد dan  الشَّيْحِيَّة  misalnya tidak mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan pokok rambutan, durian, manggis dan sebagainya tidak ada padanan yang tepat dalam bahasa Arab.

2.       BUDAYA SOSIAL - Berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat itu.
-          Contohnya: pulut kuning dalam masyrakat melayu.

3.       BUDAYA IDEOLOGI – berkait dengan agama, adat resam, kepercayaan dan politik
-          Rumit diterjemahkan kerana melibatkan emosi

4.       BUDAYA MATERIAL – materialistik atau kebendaan
-          Contohnya: tepak sireh



POSTED BY: SITI AISHAH BINTI YASRI (A164884)