UNSUR BUDAYA DALAM PENTERJEMAHAN




Perkataan budaya berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu “buddhayah”. Perkataan kebudayaan dari segi istilah menurut kamus dewan membawa maksud keseluruhan cara hidup serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat. Dengan kata lain, budaya adalah semua aspek yang berkaitan dengan manusia serta tatacara hidup. Ia dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat. Budaya juga dititikberatkan di dalam penterjemahan.

Aspek budaya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu ekologi, sosial, ideologi, dan material.

1)     Budaya ekologi dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan iklim setempat yang akan membentuk corak pemikiran serta perangai yang berbeza dia antara manusia. Sebagai contoh, terdapat perbezaan di antara budaya melayu dan budaya arab disebabkan bentuk permukaan bumi yang berbeza. Banyak tumbuhan yang tumbuh di Tanah Arab tidak dikenali oleh Bahasa Melayu seperti “الغلد”. Begitu juga dengan pokok rambutan, manggis, durian juga tidak ada padanan yang tepat dalam bahasa arab.
2)      Budaya sosial adalah berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan sesebuah masyarakat. Nama bagi pakaian , makan dalam masyarakat Arab adalah berbeza dengan masyarakat melayu. Begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, pulut kuning dan baju kurung dalam masyarakat melayu.
3)     Budaya ideologi melibatkan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya, hal-hal seperti ini lebih rumit diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.


Idea asal: Dr. Maheram Ahmad, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.

Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)