PROSES PENTERJEMAHAN

Assalamualaikum semua, in Shaa Allah pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang proses dalam melakukan penterjemahan teks.


apabila kita hendak mulakan penterjemahan, benda paling penting yang kita perlu ada ialah teks sumber yakni teks yang hendak diterjemahkan kepada bahasa sasaran.

apabila kita sudah mempunyai teks sumber, kita perlu menganalisis teks tersebut yakni kita perlu baca dan faham teks itu. proses analisis ini juga bertujuan untuk kita mengenalpasti perkataan yang kita tidak faham, mencari peribahasa yang digunakan dan sebagainya. jika terdapat perkataan yang kita tidak faham, kita perlu menggunakan kamus sebagai medium untuk mencari perkataan tersebut atau mencari makna perkataan yang seerti dalam bahasa yang lebih mudah.

kemudian, kita beralih kepada proses pemindahan. proses ini merupakan proses yang paling penting dalam penterjemahan. hal ini kerana, kita sebagai penterjemah perlu mencari padanan terjemah yang sesuai untuk bahasa sasaran . kemudian, apabila dah jumpa padanan yang sesuai kita pindahkan teks kepada bahasa sasaran.

selepas kita melakukan proses pemindahan, kita perlu menstruktur semula ayat supaya selaras dengan bahasa sasaran. Ayat yang diterjemah perlulah jelas dan mudah faham. sebagai contoh,

'ذهب علي إلى المدرسة'

'TELAH PERGI ALI KE SEKOLAH'

pada asalnya, terjemahan ayat bahasa arab tersebut akan menjadi seperti di atas. namun, ia tidak sesuai digunakan dalam bahasa melayu. jadi, kita sebagai penterjemah perlu menstruktur semula ayat tersebut agar sesuai dengan struktur bahasa melayu. jadi, ayat diatas selepas distruktur semula ialah

'ALI TELAH PERGI KE SEKOLAH'

selepas itu, proses memeriksa dimana proses ini perlu bersemuka dengan pakar bidang. kita sebagai penterjemah perlu membaca teks dengan suara yang lantang dan jelas. proses ini bertujuan untuk memeriksa ketepatan terjemah yang kita lakukan. selepas selesai proses memeriksa, berlaku proses menyemak. proses ini dilakukan oleh pemeriksa yang berkelayakan. hal ini kerana, teks yang diterjemahkan merupakan teks yang boleh berdiri dengan sendiri.

akhir sekali sebelum teks diterbitkan ialah proses menyunting . tujuannya adalah untuk membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam bagi teks yang diterjemahkan oleh ramai orang.

itulah proses-proses yang perlu diikuti dalam penterjemahan. sesungguhnya, menterjemah teks bukan satu pekerjaan yang mudah. semoga entri kali ini memberi sedikit sebanyak ilmu kepada awak semua . 


POSTED BY : NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN (A165057)