SYARAT TAMBAHAN KELAYAKAN MENTERJEMAH


Selain syarat-syarat utama, penterjemah juga perlu memenuhi syarat-syarat tambahan agar karya yang dihasilkan bersifat asli dan bermutu tinggi.

Antara syarat-syarat tambahan kelayakan menterjemah adalah:

·       ðŸ’¬Mempunyai pemikiran yang terbuka
·       ðŸ’¬Ingatan yang baik
·      💬 Minat yang mendalam
·       ðŸ’¬Boleh bekerja sendiri
·      💬 Tidak malu bertanya
·      💬 Jujur dan amanah

Semua syarat ini tidak mungkin dapat dicapai dengan mudah. Namun, semua ini boleh dicapai sekiranya penterjemah rajin berusaha, rajin belajar dan juga selalu berlatih. Sesungguhnya pengalaman demi pengalaman yang diperoleh dalam bidang terjemahan ini merupakan antara aset yang sangat bernilai kepada penterjemah. Ia tidak datang bergolek tanpa usaha akan tetapi diperoleh daripada ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan. Di samping mencari pengalaman sendiri, penterjemah juga mestilah mendapatkan nasihat, pandangan, serta sokongan daripada pakar yang berpengalaman.

Diolah oleh: Muhd Iqbal Hanafi Bin Mas’ud (A166730)
Idea Asal: Dr. Maheram Ahmad