Definisi terjemahan boleh ditinjau menerusi 2 aspek iaitu kamus dan
pendapat sarjana. Menurut kamus dewan (1993), terjemahan atau menterjemahan
adalah memindahkan karangan (dll) daripada suatu bahasa yang lain,
mengalihbahasakan. Terjemahan ditakrifkan sebagai hasil atau cara (gaya,
kaedah) daripada menterjemah manakala penterjemahan pula berkaitan dengan
(kerja, usaha) menterjemahkan. Mu’jam al-mustalahat al-Arabiyyah fi al-lughah
wa al-adab menakrifkan terjemahan sebagai menulis semula sesuatu perkara/topik
dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya.
Menurut pandangan tokoh-tokoh bahasa dan para sarjana, definisi
terjemahan boleh disimpulkan sebagai satu proses memindah, menyalurkan maksud,
mesej, bahan teks, buah fikiran dari bahasa ke bahasa sasaran. Dalam proses
ini, penterjemah mestilah berusaha dengan sedapat mungkin mengekalkan segala
mesej, ciri-ciri kebudayaan, gaya penulis, serta ciri-ciri idiosinkratik bahasa
sumber agar mesej/maklumat dapat disampaikan sepenuhnya kepada pembaca sasaran.
Konsep kepadanan (equivalence), iaitu pemilihan kata, frasa atau elemen bahasa
yang membawa maksud sama atau hamper sama dengan teks sumber mesti diterapkan
di dalam penterjemahan. Hal ini kerana, kepadanan atau dikenali juga sebagai
kesamaan adalah asas utama bagi seseorang memahami maksud mesej dalam
penterjemahan. Kepadanan menjadi konsep dominan dalam menilai kualiti hasil
kerja penterjemahan. Selain konsep aquivalence, penterjemahan juga
berhubungkait dengan pengkajian makna. Akhir sekali, teori terjemhan perlu
digabungkan dengan teori semantic untuk menghasilkan terjemhan yang benar-benar
bermutu dan mampu menyampaikan maklumat sebenar kepada pembaca.
Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)
Idea asal: Dr. Maheram Bt Ahmad