Bahasa merupakan satu sistem/lambang
pertuturan yang abitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung dan
berkomunikasi antara satu sama lain. Perbezaan pengunaan bahasa antara manusia akan
menimbulkan ragam atau variasi yang pelbagai dalam sesuatu bahasa. Ragam bahasa
yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai ini diistilahkan sebagai laras. Nik
Safiah Karim (1989:2) menakrifkan laras bahasa sebagai gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu bahasa di sini bermaksud variasi bahasa yang
telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Bahasa
yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, contohnya bahasa yang
digunakan dalam ulasan sukan adalah berbeza dengan bahasa minit mesyuarat.
Bahasa yang digunakan dalam bidang permotoran juga tidak sama dengan bahasa
yang digunakan dalam bidang masakan. Oleh itu, penterjemah mestilah menggunakan
laras yang betul, sesuai dengan bidang, konteks, dan keadaan sosial masyarakat.
Di samping itu, perubahan sosial dan kebudayaan juga mempengaruhi
perubahan laras bahasa. Laras baru akan muncul apabila muncul alat baru, teknolgi
baru dalam masyarakat. Ciri-ciri laras bahasa ditentukan oleh dua faktor utama
iaitu keperihal sesuatu peristiwa dan linguistik. Ciri-ciri perihalan terbahagi
kepada dua iaitu situasi luaran (latar belakang masyarakat) dan dalaman (aspek
yang terlibat dalam penggunaan bahasa) manakala linguistik pula merujuk kepada
unsur-unsur sistem bahasa tersebut dari aspek bunyi, perkataan, frasa dan juga
ayat.
Terdapat dua jenis laras bahasa yang dikemukakan oleh ahli linguistik
iaitu laras bahasa biasa tak formal dan laras bahasa biasa formal. Lazimnya,
laras bahasa tak formal mempunyai ciri-ciri kebasahan manakala laras biasa
formal pula digunakan dalam situasi rasmi sahaja. Untuk lebih memhami tentang
jenis laras bahasa ini, perhatikan contoh laras di bawah:
Contoh laras bahasa biasa
formal:
Muhammad Bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan Sumayyah binti
Husin dengan mas khawinnya Rm4000 tunai.
Contoh laras bahasa biasa
tak formal:
Pembeli : Ikan sendiri beli, sendiri tangkaaap, sendiri jual, apa
fasal banyak mahal?
Penjual: Encik mahu ingat, bela punya ikan mahu kasi makan. Sekaran
ikan punya makan banyak mahal. Lagi, saya bukan, tangkap sendiri. Saya upah
orang.
Akan bersambung dengan entri seterusnya (format laras bahasa) ………………
Diolah oleh: Siti Nur Adilah Binti Awang (A162801)
Idea Asal : Dr. Maheram Ahmad