Secara umumnya, terjemahan terbahagi kepada dua jenis, iaitu
terjemahn lisan dan terjemahan tulisan.
Antara ciri-ciri terjemahan tulisan adalah dilakukan secara
bertulis, penterjemah masih berkesempatan untuk membaiki kesilapan yang
dilakukan, kefasihan berbicara tidak menjadi syarat mutlak serta penguasaan
bahasa sumber dan sasaran yang pasif puntidak menjadi hambatan untuk menjadi
penterjemah yang baik.
Manakala terjemahan lisan pula, dilakukan secra lisan, dan lazimnya
secara langsung, cepat dan tepat. Penterjemah tidak boleh berhenti walaupun
sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah serta
disyaratkan juga supaya mampu berbicara dengan lancar, fasih dalam bahasa
sumber dan sasaran. Selain itu, penterjemah atau dikenali juga
sebagai interpreter perlu berpengetahuan luas, serta mampu menafsirkan apa sahaja yang
diujarkan. Kebolehan ini boleh didapati hanya melalui latihan yang Panjang dan
pengalaman yang berterusan.
Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)
Idea asal: Dr. Maheram Bt Ahmad