MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS


Dalam proses menterjemah, kita tidak akan lari dalam menterjemah perkataan-perkataan berbentuk Kata Nama Khas. Menterjemah Kata Nama Khas tidak harus dipandang mudah kerana ia mempunyai makna yang tersendiri. Kata Nama Khas terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat. Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya.

Kata Nama Khas merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.

Contohnya : Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA).

KNK dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:


Menurut Newmark,secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai sebarang makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan. secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.

1. Nama orang
Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة(Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu:

- Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.

2. Nama negara, bandar dan tempat
- Mengekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan atau perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan.
- Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.
- Dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran.
- Sesetengah tempat & bandar dalam BA ditulis dalam bahasa asing seperti BI dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal. Kata nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.

Contohnya
- al-Qahirah (BA) - Cairo (BI) - Kaherah (BM)
Al-Iskandariyah (BA) - Alexandaria (BI) - Iskandariah (BM); al-Jaza'ir  (BA) - Algeria (BI & BM). 
- Penterjemah bolehlah menggunakan kata nama yang telah sedia ada.
- Kata nama tempat dalam bahasa asing boleh disebut dan ditulis secara luas, sama ada mengikut perkataan Inggeris ataupun mengikut perkataan Arabnya yang asal.
- Secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu.
Nama bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-`Iraq dan al-Jaza'ir perlulah ditransliterasikan sahaja. Dan perkataan selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.
- Ataupun terjemah/padankan nama tempat/bandar itu dengan perkataan yang telah sedia ada seperti al-Urdun dipadankan dengan Jordan.


3. Nama institusi dan organisasi
Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan.
- Di samping kaedah pinjaman terjemahan, ada juga nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).

4. Nama jawatan/gelaran
- Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah.
- Memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.

5. Nama judul/peristiwa
Lazimnya akan dikekalkan.
Bagi nama peristiwa/acara:
  - Ada yang dikekalkan dalam teks sasaran.
  - Ada yang diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran.


Akhir sekali, saya akan berkongsi tips dalam penterjemahan Kata Nama Khas. pertama, penterjemah perlu mengekalkan kata nama asal yakni tidak diterjemahkan, kedua, menggantikan kata nama asal dengan yang lain isitu mesti diterjemahkan mengikut teknik pinjaman terjemahan capuran dan lain-lain dan yang terakhir menggugurkan terus kata nama tersebut.



posted by : siti aishah binti yasri (A164884)