PROSES PENTERJEMAHAN

Assalamualaikum WRT..👋👋


Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang proses penterjemahan.

PROSES PENTERJEMAHAN 


Terdapat 6 proses utama yang perlu diikuti oleh penterjemah untuk menghasilkan karya terjemahan yang berkualiti. Proses tersebut adalah analisis, pemindahan serta penstrukturan semula, memeriksa dan menyemak serta menyunting. Proses analisis merupakan proses pertama yang berlaku dalam fikiran penterjemah. Penterjemah perlu membaca serta memahami teks sumber di samping mencari makna di dalam kotak memori dan  kamus. Makna yang dianalisis perlu merangkumi keseluruhan teks yang melibatkan perkataan, ayat wacana, serta ciri-ciri istimewa bahasa sumber seperti idiom dan peribahasa. Manakala proses yang kedua pula adalah pemindahan. Proses ini sangat penting dalam penterjemahan di mana penterjemah perlu mencari padanan terjemahan yang sesuai/ sepadan/ sejadi untuk dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran. Sebagai contoh, pulut kuning dalam bahasa melayu tidak boleh diterjemah secara terus kepada “yellow rice” dalam bahasa inggeris ataupun “الأرز أسفار dalam bahasa arab kerana “pulut kuning” membawa unsur/makna budaya melayu. Oleh itu, penterjemah boleh memilih samaada ingin mengekalkan budaya sumber ataupun mencari apa yang sama dengan “pulut kuning” dalam bahasa sasaran. Seterusnya, proses yang ketiga adalah penstrukturan semula teks. Teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Pengunaan gaya bahasa, struktur ayat yang mudah dan ringkas serta tanda baca yang betul sangat penting untuk memudahkan pembaca memahami teks terjemahan dengan mudah. Selepas selesai pengstrukturan semula, penterjemah perlu melalui proses memeriksa dan menyemak. Proses ini boleh dilakukan sendiri dan juga boleh bersemuka dengan pakar untuk memastikan teks terjemahan tersebut tepat dan sesuai dengan kehendak pembaca sasaran. Akhir sekali, teks yang dihasilkan perlu disunting dengan cara membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh ramai orang. Semua proses ini perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Memeriksa, menyemak dan menyunting ibarat penjamin kualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca.


Semoga bermanfaat. 😊😊


Idea asal: Dr. Maheram Ahmad, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.
Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)