JENIS TERJEMAHAN

Jenis terjemahan terbahagi kepada dua jenis yakni

  • terjemahan tulisan
  • terjemahan lisan
1) terjemahan tulisan
  • terjemahan ini dilakukan secara bertulis
  • kefasihan berbicara tidak menjadi satu syarat yang mutlak
  • penterjemah masih mempunyai peluang untuk membaiki kesalahan jika terdapat kesalahan semasa melakukan penterjemahan.
2) terjemahan lisan
  • terjemahan ini dilakukan secara lisan 
  • terjemahan ini dilakukan secara langsung, tepat dan cepat.
  • penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran.

NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN ( A165057 )
IDEA ASAL : DR MAHERAM BINTI AHMAD

MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA


Kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata nama diri untuk menunjukkan orang. Contohnya: dia, saya, kamu.

Dalam bidang penterjemahan, kata ganti nama dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu mempunyai perbezaan dari segi penggunaan kerana ia berhubung kait dengan sosiobudaya serta adat setempat. Ia juga bergantung dengan siapa kita bercakap. Sebagai contoh , jika teks terjemahan menerangkan tentang perbualan dalam situasi istana, أنا dalam bahasa Arab akan diterjemah kepada “Patik” dalam bahasa Melayu supaya pembaca sasaran dalam memahami dengan jelas apa yang ingin disampaikan oleh teks sumber.

Di sini saya sertakan antara perbezaan penggunaan kata ganti nama dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu.

BAHASA ARAB
BAHASA MELAYU
أنا
Saya, Aku, Beta, Patik, Hamba
نحن
Kami/Kita (lelaki/perempuan)
أنتَ
Awak, Kamu, Anda, Engkau (Lelaki)
أنتِ
Awak, Kamu, Anda, Engkau (Perempuan)
أنتما
Awak, Kamu, Anda, Engkau ( Berdua - Lelaki/perempuan )
أنتم
Awak, Kamu, Anda, Engkau ( Ramai – Lelaki )
أنتنّ
Awak, Kamu, Anda, Engkau (Ramai – Perempuan )
هو
Dia (Lelaki)
هى
Dia (Perempuan)
هما
Mereka ( Berdua – Lelaki/ Perempuan )
هم
Mereka ( Ramai – Lelaki )
هنّ
Mereka ( Ramai – Perempuan )

Kesimpulannya, penterjemah mestilah menggunakan kata ganti nama yang betul  apabila ingin menterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Penggunaakan kata ganti nama yang betul dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca teks tersebut sehingga habis.

Diolah oleh : Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)
Idea asal: Dr. Maheram Bt Ahmad

contoh terjemahan teks

In Sha Allah, entry kali ini saya ingin berkongsi contoh terjemahan teks:-

yang pertama dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu. 



yang kedua dari bahasa arab ke bahasa melayu


semoga ia memberi manfaat kepada semua :)


from : NURAIN SHAHIDAH BINTI SAMSUDIN (A165057)

KAEDAH MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA


Perbezaan budaya antara dua masyarakat membuatkan terjemahan menjadi lebih sukar kerana ada sesetengah perkataan yang digunakan oleh masyarakat Arab tidak mempunyai padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu. Adakalanya tidak ada padanan langsung. Hal seperti ini juga melambatkan proses terjemahan. Oleh itu, terdapat empat kaedah yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh dalam menterjemah unsur budaya antara masyarakat yang berbeza, antaranya:

1.   Mengekalkan unsur budaya

·      Membolehkan pembaca sasaran mengetahui budaya sumber, dengan itu, ilmu pengetahuannya akan menjadi semakin bertambah. Dia tidak lagi terkongkong dengan budayanya yang sendiri, malah boleh menghayati budaya orang lain.
·      Contoh: mengekalkan budaya melayu seperti “pulut kuning” dalam teks sasaran

2.   Menyesuaikan semula unsur budaya 

·      Walaupun pembaca sasaran tidak mengetahui budaya sumber juka disesuaikan dengan budaya sasaran , tetapi sekurang-kurangnya pembaca sasaran akan dapat memahami teks terjemahan dengan lebih mudah.

3.   Menghilangkan unsur budaya

·      Kesukaran menterjemah unsur budaya ini boleh dikurangkan atau juga ditiadakan sekiranya alat bantu penterjemah (kamus) senang dicapai
·      Tidak ada kamus yang betul-betul lengkap yang boleh membantu para penterjemah
·      Selain kamus, penterjemah juga boleh bertanya terus kepada orang yang mengetahui bahasa sumber, orang yang pernah tinggal di negara bahasa sumber.

4.   Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir


Idea asal: Dr. Maheram Ahmad, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.

Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)

UNSUR BUDAYA DALAM PENTERJEMAHAN




Perkataan budaya berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu “buddhayah”. Perkataan kebudayaan dari segi istilah menurut kamus dewan membawa maksud keseluruhan cara hidup serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat. Dengan kata lain, budaya adalah semua aspek yang berkaitan dengan manusia serta tatacara hidup. Ia dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat. Budaya juga dititikberatkan di dalam penterjemahan.

Aspek budaya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu ekologi, sosial, ideologi, dan material.

1)     Budaya ekologi dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan iklim setempat yang akan membentuk corak pemikiran serta perangai yang berbeza dia antara manusia. Sebagai contoh, terdapat perbezaan di antara budaya melayu dan budaya arab disebabkan bentuk permukaan bumi yang berbeza. Banyak tumbuhan yang tumbuh di Tanah Arab tidak dikenali oleh Bahasa Melayu seperti “الغلد”. Begitu juga dengan pokok rambutan, manggis, durian juga tidak ada padanan yang tepat dalam bahasa arab.
2)      Budaya sosial adalah berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan sesebuah masyarakat. Nama bagi pakaian , makan dalam masyarakat Arab adalah berbeza dengan masyarakat melayu. Begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, pulut kuning dan baju kurung dalam masyarakat melayu.
3)     Budaya ideologi melibatkan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya, hal-hal seperti ini lebih rumit diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.


Idea asal: Dr. Maheram Ahmad, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.

Diolah oleh: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)

BAHASA ISYARAT

Bahasa Isyarat juga termasuk dalam bidang terjemahan 👍






Posted by: Siti Nur Adilah Bt Awang (A162801)


FORMAT LARAS BAHASA


Penterjemah mestilah menggunakan laras yang betul, sesuai dengan bidang, konteks, dan keadaan sosial masyarakat. Antara format laras bahasa adalah seperti berikut:

      1. Laras bahasa perniagaan/iklan

·       Menggunakan ayat yang pendek dan ringkas
·       Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif
·       Banyak menggunakan adjektif
·       Berbentuk pemberitahuan fakta
·       Tidak mementingkan tatabahasa
·       Cara penyampaian yang menarik
·       Guna slogan atau pernyataan tertentu untuk menyakinkan pengguna 

2. Laras bahasa sains

·       Berilmiah, formal, tidak menggunakan bahasa basahan
·       Intelektual, saintifik, dan objektif
·       Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta
·       Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal
·       Istilah banyak dipinjam dari bahasa inggeris

3. Laras bahasa rencana

·       Bersifat umum, mudah difahami
·       Gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana
·       Digunakan untuk menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu

4. Laras bahasa undang-undang

·       Bersifat objektif, terperinci dan padat
·       Berkaitan dengan perundangan
·       Mengandungi prinsip undang-undang dan akta ( bahagian serta seksyen )
·       Guna istilah undang-undang dan istilah pinjaman dari bahasa Inggeris
·       Makna kosa kata yang digunakan berdasarkan interpretasi
·       Kebiasaanya, guna ayat yang panjang

5. Laras bahasa agama

·       Membahaskan isu agama
·       Istilah pinjaman dari bahasa Arab
·       Terdapat petikan al-Quran dan al-Hadith
·       Struktur ayat banyak dipengaruhi oleh struktur ayat Arab
·       Terdapat tamsil ibarat yang memberi pengajaran kepada orang ramai

6. Laras bahasa sukan

·       Maklumat berkaitan dengan sukan
·       Ringkas, bersahaja dan jelas
·       Istilah sukan dan kosa kata yang mudah difahami

7. Laras bahasa sastera/kreatif

·       bentuk bahasa adalah hasil cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan
·       imaginative dan figurative (kiasan)
·       mempunyai istilah-istilah khusus yang berkait dengan sastera

8.  Laras ekonomi

·       Ilmiah, formal, guna istilah-istilah teknikal
·       Tidak mementingkan struktur ayat
·       Susunan maklumat mesti disampaikan dengan jelas dan eksplisit
·       Setiap fakta dihuraikan dalam bentuk data dan statistik 


9. Laras bahasa akademik

·       Bidang ilmiah, formal, objektif
·       Menggunakan gaya bahasa yang matang
·       Bersifat khusus dan sukar difahami serta mementingkan kesempurnaan
·       Mengutamakan pemaparan, perbincangan, dan penghuraian
·       Terdapat penggunaan sudut pandangan orang ketiga,
·       Mengandungi nota kaki, indeks, bibliografi

10. Laras media massa

·       Bahasa mudah, gaya tulis jelas, dan ketepatan isi
·       Ringkas, tepat, padat
·       Tidak mementingkan tatabahasa serta istilah teknikal dan khusus
·       Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku
·       Mengandungi judul dan teks



Diolah oleh: Siti Nur Adilah Binti Awang (A162801)
Idea Asal : Dr. Maheram Ahmad 


LARAS BAHASA




 Bahasa merupakan satu sistem/lambang pertuturan yang abitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Perbezaan pengunaan bahasa antara manusia akan menimbulkan ragam atau variasi yang pelbagai dalam sesuatu bahasa. Ragam bahasa yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai ini diistilahkan sebagai laras. Nik Safiah Karim (1989:2) menakrifkan laras bahasa sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu bahasa di sini bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, contohnya bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan adalah berbeza dengan bahasa minit mesyuarat. Bahasa yang digunakan dalam bidang permotoran juga tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang masakan. Oleh itu, penterjemah mestilah menggunakan laras yang betul, sesuai dengan bidang, konteks, dan keadaan sosial masyarakat.

Di samping itu, perubahan sosial dan kebudayaan juga mempengaruhi perubahan laras bahasa. Laras baru akan muncul apabila muncul alat baru, teknolgi baru dalam masyarakat. Ciri-ciri laras bahasa ditentukan oleh dua faktor utama iaitu keperihal sesuatu peristiwa dan linguistik. Ciri-ciri perihalan terbahagi kepada dua iaitu situasi luaran (latar belakang masyarakat) dan dalaman (aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa) manakala linguistik pula merujuk kepada unsur-unsur sistem bahasa tersebut dari aspek bunyi, perkataan, frasa dan juga ayat.

Terdapat dua jenis laras bahasa yang dikemukakan oleh ahli linguistik iaitu laras bahasa biasa tak formal dan laras bahasa biasa formal. Lazimnya, laras bahasa tak formal mempunyai ciri-ciri kebasahan manakala laras biasa formal pula digunakan dalam situasi rasmi sahaja. Untuk lebih memhami tentang jenis laras bahasa ini, perhatikan contoh laras di bawah:

Contoh laras bahasa biasa formal:

Muhammad Bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan Sumayyah binti Husin dengan mas khawinnya Rm4000 tunai.

Contoh laras bahasa biasa tak formal:

Pembeli : Ikan sendiri beli, sendiri tangkaaap, sendiri jual, apa fasal banyak mahal?

Penjual: Encik mahu ingat, bela punya ikan mahu kasi makan. Sekaran ikan punya makan banyak mahal. Lagi, saya bukan, tangkap sendiri. Saya upah orang.


Akan bersambung dengan entri seterusnya (format laras bahasa) ………………




Diolah oleh: Siti Nur Adilah Binti Awang (A162801)
Idea Asal : Dr. Maheram Ahmad

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS


Dalam proses menterjemah, kita tidak akan lari dalam menterjemah perkataan-perkataan berbentuk Kata Nama Khas. Menterjemah Kata Nama Khas tidak harus dipandang mudah kerana ia mempunyai makna yang tersendiri. Kata Nama Khas terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat. Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya.

Kata Nama Khas merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.

Contohnya : Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA).

KNK dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:


Menurut Newmark,secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai sebarang makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan. secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.

1. Nama orang
Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة(Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu:

- Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.

2. Nama negara, bandar dan tempat
- Mengekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan atau perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan.
- Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.
- Dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran.
- Sesetengah tempat & bandar dalam BA ditulis dalam bahasa asing seperti BI dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal. Kata nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.

Contohnya
- al-Qahirah (BA) - Cairo (BI) - Kaherah (BM)
Al-Iskandariyah (BA) - Alexandaria (BI) - Iskandariah (BM); al-Jaza'ir  (BA) - Algeria (BI & BM). 
- Penterjemah bolehlah menggunakan kata nama yang telah sedia ada.
- Kata nama tempat dalam bahasa asing boleh disebut dan ditulis secara luas, sama ada mengikut perkataan Inggeris ataupun mengikut perkataan Arabnya yang asal.
- Secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu.
Nama bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-`Iraq dan al-Jaza'ir perlulah ditransliterasikan sahaja. Dan perkataan selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.
- Ataupun terjemah/padankan nama tempat/bandar itu dengan perkataan yang telah sedia ada seperti al-Urdun dipadankan dengan Jordan.


3. Nama institusi dan organisasi
Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan.
- Di samping kaedah pinjaman terjemahan, ada juga nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).

4. Nama jawatan/gelaran
- Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah.
- Memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.

5. Nama judul/peristiwa
Lazimnya akan dikekalkan.
Bagi nama peristiwa/acara:
  - Ada yang dikekalkan dalam teks sasaran.
  - Ada yang diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran.


Akhir sekali, saya akan berkongsi tips dalam penterjemahan Kata Nama Khas. pertama, penterjemah perlu mengekalkan kata nama asal yakni tidak diterjemahkan, kedua, menggantikan kata nama asal dengan yang lain isitu mesti diterjemahkan mengikut teknik pinjaman terjemahan capuran dan lain-lain dan yang terakhir menggugurkan terus kata nama tersebut.



posted by : siti aishah binti yasri (A164884)