PPPJ1213 TERJEMAHAN-ARAB-MELAYU-ARAB 1

Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk mengetahui kandungan teks yang ditulis dalam bahasa yang tidak difahami serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan asal kepada pembaca asing. Di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, para pelajar tahun I semester II Pusat Rantau Timur Tengah Dan Nusantara (PUTERA), diwajibkan mengambil kursus wajib jabatan, PPPJ1213 (Terjemahan Arab-Melayu-Arab I) yang mana kursus ini mendedahkan para pelajar kepada pelbagai aspek terjemahan, merangkumi teori terjemahan, prinsip dan teknik terjemahan, masalah-masalah terjemahan seperti mencari padanan, masalah linguistik, semantik, sintaksis, dan masalah budaya. Memandangkan penterjemahan merupakan satu medium utama pada masa kini, kami pelajar PPPJ1213, ingin mengambil inisiatif berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang teori penterjemahan kepada masyarakat sekeliling menerusi blog pembelajaran ini. Blog penterjemahan ini dimiliki bersama oleh 4 orang pelajar yang telah menerima tunjuk ajar daripada Dr. Maheram Binti Ahmad, salah seorang pensyarah di Pusat Rantau Timur Tengah Dan Nusantara, UKM berkenaan tentang asas penterjemahan. 

         
   Nama Ahli Kumpulan:
  1. Muhd Iqbal Hanafi Bin Mas'ud
  2.   Siti Nur Adilah Binti Awang
  3.     Nurain Shahidah Binti Samsudin
  4.   Siti Aishah Binti Yasri

 Antara Objektif blog ini adalah:
  • berkongsi ilmu asas penterjemahan seperti teori, kaedah, kelayakan menterjemahan serta cara-cara menterjemahan teks dengan baik kepada para pembaca.
  • mengaplikasi teori penterjemahan secara praktikal menerusi latihan-latihan terjemahan teks mudah (klasik dan moden) dengan mengunakan kamus.
  • Menganalisis masalah penterjemahan dan menyelesaikannya, seperti masalah menterjemahkan kata kerja, kata nama, frasa, peribahasa, ayat dan sebagainya.
  • Menterjemahkan teks yang mudah daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu.
  • Menterjemahkan teks yang mudah daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab.
Semoga para pembaca dapat mengambil manfaat daripada setiap ilmu yang dikongsi dalam blog ini 
dan dapat disebarkan kepada orang lain kerana Rasulullah SAW pernah bersabda,

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .


“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”